SEMINAR DARULAMAN 2018
PERINGKAT KEBANGSAAN (SEDAR’18)

 

Tarikh : 4-5 SEPTEMBER 2018

Tempat: INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN

Perasmi: REKTOR, IPGM, KPM

PENGENALAN

Pelaksanaan Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan (SEDAR’18) adalah bertepatan dengan anjakan ke-4 Transformasi Profesion Keguruan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk Membudayakan Penyelidikan dan Inovasi. Pelaksanaannya juga adalah selaras dengan Kluster 3 (Pembudayaan Penyelidikan & Inovasi) Transformasi IPG (2016-2025).

Seminar Darulaman 2018 Peringkat Kebangsaan (SEDAR’18) merupakan forum yang akan membincangkan teori, idea dan hasil penyelidikan dalam pelbagai bidang pendidikan. Persidangan ini akan menghimpunkan pakar, penyelidik dan pengamal  dari seluruh Malaysia bagi membincangkan pelbagai isu dalam bidang pendidikan. Persidangan ini adalah anjuran bersama-sama Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF

Persidangan ini bertujuan untuk:

  • berkongsi kepakaran dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan pendidikan khas dan pemulihan dalam kalangan penyelidik, pengamal, dan warga pendidikan;
  • memantap jalinan dan jaringan kolaboratif dalam kalangan penyelidik, pengamal, dan warga pendidikan;
  • mempertingkat kemahiran menjalankan penyelidikan, pembentangan kertas penyelidikan dan penulisan ilmiah.

BAHASA PERSIDANGAN: Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu